MREIE iktiraf agensi hartanah, tawar solusi mudahkan pengguna miliki rumah impian

Hartanah & Strata Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengiktiraf agensi dan syarikat hartanah yang mempunyai reputasi cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan professional menerusi ‘Malaysia Real Estate Integrity Elite’.
Menurut Pengerusi Malaysia Real Estates Integrity Elites, Profesor Jericho Tang kit Wai, bidang agensi hartanah merupakan industri yang mencabar namun menjanjikan peluang kejayaan yang besar.
Agen hartanah tidak hanya bertindak sebagai penghubung antara impian dan realiti namun turut membantu orang mencapai impian memiliki rumah. Malah pengiktirafan ini turut membantu melindungi hak pengguna dan menjadi panduan untuk pengguna dalam memilih agen hartanah.
“Mereka perlu memahami pasaran, memahami keperluan, mencari rumah ideal untuk pelanggan dan malah memberikan nasihat berprofesional semasa proses pembelian dan penyewaan.
“Kami meminta semua pemohon menjalani proses ulasan yang ketat untuk memastikan mereka memenuhi standard dan peraturan tinggi kami. Pensijilan ini mewakili integriti dan kebolehpercayaan individu dalam industri hartanah, memberikan keyakinan dan jaminan kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu menurut Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Hassan Hafizi bin Hanapi, pengiktirafan ini secara tidak langsung memberi suntikan semangat buat industri hartanah dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
“Kami menghormati individu dan syarikat-syarikat yang telah memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai ini dalam industri hartanah Malaysia. Mereka telah bekerja dengan gigih, mematuhi standard tinggi dan menjadikan kejujuran sebagai prinsip asas dalam setiap urusan perniagaan mereka.
“Saya berharap Recognation Malaysia Integrity Real Estate Elite terus berkembang dan menjadi platfrom yang kukuh untuk memupuk nilai-nilai integriti dalam industri hartanah Malaysia,” jelasnya.
Terdahulu, seramai 38 ejen dan 8 buah syarikat hartanah dinobat menerima anugerah diraikan untuk sumbangan mereka yang luar biasa dalam industri hartanah mengikut kategori pencapaian sepanjang tahun.
May 05,2025